Definisi Logo
a) Reka bentuk logo JUPEM
terdiri daripada 3 bentuk asas iaitu titik-titik, bulatan gedang dan garisan
orbit. Titik-titik ini terpisah dua oleh garisan orbit mencerminkan dua
aktiviti utama JUPEM iaitu aktiviti pengukuran kadaster dan aktiviti pengukuran
pemetaan.
b) Warna oren
melambangkan keceriaan, kegemilangan, kepekaan JUPEM kepada kehendak pelanggan
dan menyatakan kewujudan dan kepentingan JUPEM kepada masyarakat dan negara.
c) Warna hijau adalah
warna rasmi jabatan dan dipilih bagi menunjukkan bahawa JUPEM senantiasa
prihatin dan memberi perhatian serius kepada aspek alam semula jadi dalam
pemeliharaan persekitaran yang sihat.
d) Penampilan titik-titik
memberi petunjuk bahawa JUPEM menggunakan teknologi elektronik dan sistem
jaring untuk memperkasakan maklumat ukur dan pemetaan.
e) Garisan orbit pula
menitikberatkan betapa pentingnya komunikasi, penyebaran maklumat dan
rangkaian.
f) Imej baru JUPEM yang ditampilkan
pada keseluruhannya adalah lebih energetik, dinamik, progresif serta mampu
bersaing dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bersifat sejagat khususnya dalam
penyediaan infrastruktur ukur dan pemetaan bagi mendukung Dasar Pembangunan
Negara.
No comments:
Post a Comment