Sejarah
& Latar Belakang
JUPEM merupakan antara agensi kerajaan yang tertua di Malaysia di
mana aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan tertubuhnya Jabatan Ukur Negeri
Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga 1957, Jabatan-Jabatan Ukur
Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga membawa kepada penyatuan secara
berperingkat kepada satu organisasi seperti hari ini. Pada tahun 1965, kerajaan telah meluluskan
penubuhan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia dengan mandat mengendalikan
kerja-kerja ukur, pemetaan, topografi dan geodesi.
Penubuhan Jabatan diteruskan dengan penubuhan JUPEM Sabah (1983),
JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan (1984), JUPEM Sarawak (1989) dan
diakhiri dengan penubuhan JUPEM Perlis pada tahun 1995. JUPEM bertanggungjawab
dalam memacu pembangunan negara dan berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam
bidang ukur dan pemetaan disamping menjalankan kerja-kerja pengukuran dan
pemetaan sebagai asas pembangunan sosio ekonomi dan kedaulatan negara.
Sejak penubuhannya, JUPEM telah merencanakan pelbagai pembaharuan
serta pemodenan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produk yang
ditawarkan. Bermula daripada penggunaan peralatan konvensional sehinggalah
kepada aplikasi satelit, JUPEM sentiasa mengorak langkah mengikut perkembangan
teknologi terkini dalam bidang ukur dan pemetaan.
No comments:
Post a Comment