KESIMPULAN
Setelah saya menjalani
latihan industri di Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia, Jalan Semarak. Saya
telah mengetahui dan mempelajari alam pekerjaan dengan lebih mendalam. Hasilnya
saya amat bangga dengan apa yang saya pelajari dan saya bersyukur kerana
berjaya menamatkan latihan industri ini dengan pengalaman yang amat berguna
untuk masa depan. Pengalaman ini bukan sahaja memperkenalkan saya kepada
sesuatu yang baru, malah ia memberi pendedahan awal kepada saya sebelum saya
menjalani alam pekerjaan yang sebenar.
Selain itu, saya juga ingin membuktikan bahawa apa
yang dipelajari di dalam kelas amat berguna bagi menempatkan diri di dalam alam
pekerjaan sebenar kelak. Pelajar juga akan lebih menyedari bahawa pentingnya
subjek yang dipelajari sebagai pegangan dalam meneruskan cita-cita yang ingin
dikehendaki walaupun teori yang dipelajari tidak semestinya sama dengan yang
dilakukan sewaktu tempoh latihan industri namun kesungguhan dan semangat amat
penting sebelum menceburi diri di alam pekerjaan.
Banyak ilmu yang saya perolehi ketika menjalani
program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang diterapkan dan dipelajari
sepanjang latihan akan saya gunakan sebaik mungkin untuk melangkah ke alam
pekarjaan nanti. Latihan ini banyak membimbing pelajar yang tidak mengetahui
akan kos tambahan yang diambil dan dipelajari semasa di Politeknik.
Pada kesimpulannya, latihan industri sememangnya
program yang amat baik dan dapat melahirkan potensi kepada pelajar untuk lebih
berkualiti di dalam bidang yang mereka ingin ceburi pada masa kini. Semasa
latihan juga, saya telah merasai bagaimana suasana sebenar di alam pekerjaan,
serta hubungan yang baik iaitu saling bantu - membantu dan berkerjasama di
sepanjang saya menjalani latihan industri.
CADANGAN
Pengalaman
amat penting bagi seseorang pelajar mempraktikkan ilmu yang telah diajar.
Cadangan saya ialah pihak agensi perlu menitik beratkan soal pembelajaran
semasa latihan industri ini. Pihak agensi perlulah memberi lebih peluang
penglibatan dalam persekitaran pengkomputeran seperti pembangunan sistem,
penyelenggaraan sistem, penyelidikan, pembangunan dan sebagainya. Ini dapat
membolehkan pelajar mendalami cabaran pekerjaan sebenar diluar sana. Juga dapat
dicadangkan elaun Latihan Industri jika ada bagi pelajar untuk menampung kos
sara hidup semasa menjalani latihan industri ini.
No comments:
Post a Comment