Objektif Latihan
Industri
Latihan Industri adalah merupakan
satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran di politeknik.
Pelajar-pelajar disyaratkan lulus Latihan Industri sebelum ini diperakukan
untuk penganugerahan diploma dimana-mana pusat pengajian. Pelajar-pelajar akan
ditempatkan di Jabatan-jabatan Kerajaan atau Syarikat-syarikat Swasta selama 20
minggu bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta
berbeza dari suasana di pusat pengajian. Seringkali pelajar-pelajar akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah di tempuhi.
Tujuan utama Latihan Industri ini diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar
kepada alam pekerjaan yang sebenar apabila para pelajar keluar dari politeknik
nanti.
Para pelajar juga berpeluang untuk
menggunakan segala ilmu pengetahuan ataupun teori yang berkaitan dengan kursus
yang diambil ketika berada di politeknik semasa menjalankan Latihan Industri
dan memberi peluang kepada para pelajar untuk menggunakan buah fikiran yang
kreatif untuk kebaikan firma dan secara tidak langsung untuk kebaikan diri
sendiri juga. Dengan itu, pengalaman yang telah ada ini, mungkin dapat membantu
para pelajar untuk pembelajaran pada semester berikutnya dan alam pekerjaan
yang sebenar. Para pelajar juga dapat didedahkan kepada cara-cara untuk berkomunikasi
dengan baik, meluaskan pergaulan sesama rakan tempat kerja dan orang
sekeliling, memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi dan hubungan baik
dengan pekerja industri di mana ini sekali gus dapat menimbulkan rasa
bertanggunngjawab terhadap sesuatu amanah (kerja) serta keseimbangan serta dari
segala aspek.
Di samping itu, dengan mengikuti
Latihan Industri, para pelajar dapat membaiki kelemahan diri sendiri untuk
lebih maju dan berfikiran secara rasional di dalam menangai masalah yang mana
telah di berikan oleh majikan. Semasa menjalankan Latihan Industri, para
pelajar dapat menilai kebolehan mereka terhadap kerja yang diterima daripada majikan.
Para pelajar dengan sendirinya dapat menanamkan semangat produktiviti terhadap
cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi.
Semoga dengan adanya Latihan Industri
yang di jalankan ini mampu untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar bagi
membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan
Negara di masa hadapan dan juga mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka
mengikut kemahiran yang telah dipelajari. Kesimpulannya, objektif dalam
menjalani Latihan Industri ini adalah menjalani Latihan Industri ini adalah
untuk :
a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
b) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
c) Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal.
d) Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
e) Membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.
f) Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
g) Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
h) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih.
i) Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diberikan.

No comments:
Post a Comment